Future

Once an amiichan, now who am I?

Sharing moment

20 June 2008

New Book about Nakbah


Salam,
BUKU BARU JIMEDIA & PACE
Alhamdulillah, buku ke-9 Siri Bebaskan Al-Aqsa dihantar cetak pagi tadi, insyaAllah siap Khamis ini dan mula dijual dalam program memperingati NAKBAH di Kedah Jumaat ini. Buku "Rejim Zionis Selepas 60 Tahun - Penjara Jadi Pusara" yang memuat kompilasi penulisan akhi Ir Megat Shariffudin, TYDP JIM Perak diterbitkan sebagai salah satu usaha PACE dan JIM untuk memperingati 60 tahun tragedi NAKBAH.
Tahniah kepada akhi Megat di atas penerbitan buku kompilasi penulisan beliau ini. Walaupun proses penerbitannya agak suntuk (manuskrip diterima pada 6 Jun), kami agak bertuah kerana 90% kerja-kerja asas penerbitan dilakukan oleh tenaga muda iaitu suntingan oleh akhi Azree Hanifah (penyunting muda berbakat) dan DTP serta output filem oleh Abdullah Mujahid (Karisma International) . Akhi Abdullah Mujahid sedang berkerja sambil belajar dengan JIMedia dan ditempatkan di pejabat ana sehingga 7 Julai 2008.
Kata Pengantar buku ini ditulis oleh PM Dr Hafidzi, antara kandungannya ialah:

"Meskipun NAKBAH merupakan satu peristiwa tragis, namun tidak ramai di kalangan masyarakat antarabangsa hatta umat Islam sekalipun yang peka dengan peristiwa tersebut. Berbeza dengan tragedi 'holocaust' yang menimpa bangsa Yahudi di Eropah semasa perang dunia ke II (1939 – 1945) yang sering diperkatakan, bahkan di ulang-ulang oleh rejim Zionis dan sekutu-sekutunya untuk meraih simpati masyarakat antarabangsa demi menutup jenayah mereka terhadap rakyat Palestin, tidak ramai yang tahu apa itu peristiwa NAKBAH.

Peristiwa NAKBAH bermakna malapetaka yang berlaku kepada rakyat Palestin natijah dari konspirasi berterusan gerakan zionis yang bersekongkol dengan kuasa-kuasa barat yang ditunjangi oleh Great Britain dan seterusnya Amerika Syarikat. Natijah dari persekongkolan ini lahirlah entiti haram Israel pada 15 Mei 1948. Bendera 'Star of David' Israel yang dikibarkan pada tarikh tersebut di Palestin melatari penderitaan 800,000 rakyat Palestin yang diusir dari tanah air mereka setelah pengganas-pengganas Yahudi yang dibiayai oleh barat melakukan pembunuhan kejam beramai-ramai melalui aksi-aksi terorisme ke atas penduduk Palestin."

Teuskan memberi sokongan kepada penerbitan JIM.
Abu Syamil