Future

Once an amiichan, now who am I?

Sharing moment

02 September 2009

Kerisauan adik-adik SPM

[Dalam versi BM campurization sahaja]
Risau untuk ber-exam?? Biasalah ni. Mana ada dalam dunia ini kita tidak berasa risau. Sedangkan kewujudan manusia sendiri di atas muka bumi sudah lama dirisaukan oleh makhluk yang lain. Tapi, Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Jika Dia sangat Optimis dengan ciptaanNya, manakan kita pula tidak?? Hah! Macam mana ni...
Wahai, adik-adikku yang disayangi. Lagi-lagi yang bakal nak ber-exam. Tidak kisahlah exam besar [SPM/PMR/UPSR] ataupun kecil. Exam atau erti kata peperiksaan/dugaan/kesusahan memang ada di mana-mana. Sememangnya ia sudah menjadi lumrah kehidupan kita untuk mengalaminya. Semestinya untuk merasa kesenangan pada masa akan datang ataupun sebenarnya ia tanda 'Allah sebenarnya ingat pada kita' Aik, apa lak ni?
Hah! Tahu atau tidak sebenarnya apabila kita ditimpa kesusahan Allah sebenarnya ingat pada kita?
Kenapa dengan kesusahan? Allah tidak sayang lagi pada ciptaanNya ke?
Bukan. Sebenarnya Dia ingin menguji ketaatan & kesabaran kita sama ada kita sebenarnya 'equal atau tidak' ingat padaNya. Apabila kita mengadu padaNya & hanya berharap padaNya, Bertambah-tambah sayang Allah pada kita yang bernama manusia.
Tidak mahukah kasih sayangNya?
We Love only Allah as Allah always love us.
Q: Akak, saya time duduk umah iman asyik turun-naik sahaja. Ni bulan ramadhan, saya di asrama punya lah boleh jaga, kat umah...haih! [mengeluh] Macam mana ni??
A: Cuba tanya our intention back? Apa niat anda ketika di sekolah dengan di rumah? Berbeza/Sama? Jika sama, semestinya/lebih berusaha untuk thabat & istiqamah di rumah. Godaan ada di mana-mana, hanya jenisnya berbeza. Tapi jika kita menghadapi ia sebaik yang mungkin, insyaAllah semoga kesukaran adik dipermudahkanNya. Tidak mengapa jika amalan di sekolah lebih banyak berbanding di rumah. Tapi adalah lebih baik, adik teruskan amalan yang mudah supaya amalan itu juga boleh melakukannya di rumah. Seperti contoh mengaji qur'an, solat dhuha, membantu orang lain, bersedekah [Di rumah, sediakanlah tabung infaq] e.t.c. Fikir-fikirlah
Jika tidak, apa masalah nya? Apa-apa yang adik rasa macam tidak mampu/elakkan untuk lakukan sedangkan adik boleh melakukannya [amalan-amalan soleh] Itu bermaksud adik memberi alasan sahaja. Janganlah berasa rendah diri apabila rasa diri ini tidak cukup. Teruskan berusaha. Bangkitlah semula setelah jatuh. Masa akan membantu adik. Beringatlah adik-adikku, kita tidak tahu amalan yang mana Allah redhai tapi kita boleh berusaha untuk mendapatkannya.
Q: Study? Beribadah? Ish, nak tambah amalan/tingkatkan iman tp tgk org lain study gila-gila... Mcm mana ni kak???
A: Akak rasa bab ibadah wajib/sunnat, semua setel tapi tengoklah pada keperluan kita. Masa belajar, belajar betul-betul . Masa beribadah, beribadah betul-betul. Inipun peringatan yang mendalam bagi akak. Terasa apabila ditanya... Adik-adik belajar pun ibadah jugak, tapi ibadah sunnat yang lain perlulah dijaga juga. Penambahan kekosongan di jiwa lah katakan... Jika ada masa kosong/lapang, penuhilah dengan amalan-amalan sunnat yang lain. Jika rasa takut/gugup, kembali semula dengan melakukan amalan-amalan itu. Seperti contoh, solat sunnat ker...mengaji Qur'an ker... Beringatlah adik-adik, memanjang belajar tidak bermakna kejayaan itu pasti ada. Kerana kejayaan yang sebenar hanya Allah sahaja yang boleh bagi. Pilihlah yang terbaik sebab adik-adik semua sudah besar/baligh/mumaiyiz, kalian mampu untuk berfikir sendiri. Akak hanya meningatkan/memberi pandangan sahaja...
Q: Tapi akak, saya rasa risau lah tengok diorg bagus2x... Boleh atau tidak wat amalan biasa-biasa, pada masa yang sama fokus study...
A: Adikku, akak takut nanti adik kecewa...Bukankah lebih baik baik dapat melakukannya selari. Kenapa mesti pilih antara dua? Ambil cara yang memudahkan bagi adik mudah melaksanakan semua. Be moderate. Melainkan adik mampu melakukan perkara-perkara yang extraordinary. Jika ada, teruskan sahaja. Tapi paling penting, ikutlah kemampuan adik bukan atas dasar kita yang mengehadkan kemampuan tapi kita memilih kemampuan yang terbaik.
Falsafahnya hehehe...
W4JJ1hu'alam. Sekadar membantu untuk mereka dan diri yang lemah ini.
Selamat meneruskan perjuangan mendapatkan keberkatan di bulan Ramadhan.
Semoga usaha-usaha kita dipermudahkan. Ameen~
-S.Aminah.M-
Y do u do it? 4 whom?