Future

Once an amiichan, now who am I?

Sharing moment

18 May 2010

Sharing moment dari sejarahku di Aceh 6/2/06

Aslm

Cerita drp seberang 2006....

        Tanggal 6 haribulan Februari 2006 merupakan saat hari yang tidak dapat dilupakan dan masih segar tersimpan didalam benak minda ini. Kisah ini bermula apabila kumpulan 4 atau lebih dikenali sebagai team ‘Ali Abi Thalib’ telah berganding bahu dengan kumpulan 2 iaitu team ‘Umar Al-Khatab’ di mana telah ditugaskan untuk menjalinkan sebuah tali persaudaraan atau lebih jelas sebagai sillaturrahim disebuah sekolah iaitu SMU 2 Mutiara. Perjalanan menuju ke destinasi ini hanya mengambil masa selama 1 1/2 jam sahaja dari tempat tinggal kami. Tepat pada pukul 1.30 tengah hari kami segera pulang dan mengerjakan solat zohor di sebuah masjid yang berdekatan. Apabila tiba di tempat kediaman kami, kelihatan peserta-peserta dari kumpulan lain tidak pulang-pulang juga sedangkan dikhabar oleh beberapa pihak kami seharusnya pulang dengan secepat mungkin untuk meneruskan aktiviti yang lain (classified back then). Oleh kerana itu kami semua mengambil inisiatif untuk
megisi perut terlebih dahulu di tepi pantai. 

                Kepulangan kami disambut oleh sebilangan guru yang baru menghabiskan mesyuarat sekolah. Tanpa membuang masa kami semua kecuali diri saya mengambil keputusan untuk beriadah bersama-sama. Bagi lelaki, mereka bermain bola sepak manakala perempuan bermain bola keranjang. Ditanyakan oleh seorang guru yang tidak menyertai permainan tersebut kepada diri saya, mengapa tidak bermain ? Saya hanya memberi penjelasan yang saya masih cirit-birit lagi kesan dari semalam (ada kisah lain).
Selepas beberapa minit kemudian kawan-kawan saya (perempuan) pun berhenti bermain dengan kemenangan masing-masing 1-1.

              Tiba-tiba dengan hati ini teringin pula mahu bermain. Maka, saya mula berjinak-jinak bermain bola sendirian di tengah padang bola keranjang. Tetapi akhirnya saya mula hilang minat untuk bermain mana tidaknya, tidak ada yang sudi bermain sama (menyesal tidak bermain tadi). Mata saya mula meliar-liar melihat di sekeliling, saya memandang tembok yang bersebelahan dengan padang ini. Hati saya terdetik agaknya ada apa disebelah sana. Kaki bergerak sedikit demi sedikit menuju ke  arah yang menarik perhatian saya. Saya melangkah dan terhenti betul-betul dihadapan tembok itu. “Tinggi juga tembok ini” bisik hati. Tanpa berfikir panjang saya mula melompat dan cuba mencapai  ke atas tembok. Aduh!

              Gedebuk. Rupa-rupanya saya tidak berjaya mencapai dan jatuh. Tetapi hati ini masih nekad dan berusaha untuk duduk ke atas padang bola. Saya terduduk dan terdiam sambil memegang erat badan kerana menahan sakit. Perit rasanya lalu dipicit-picit kaki  (arghhh…sakit!!!!) Tiba-tiba terdengar suara menyapa dari lamunan sakit “Aminah, kenapa ni? Sakit ke?” ujarnya dengan suara kerisauan. “Hafizah, ana rasa kaki ana terkehel….. sakit,sakit, sakit sangat….!!!” Saya membalas. “Ya, Allah sakit…..” saya terdengar ada yang sedang mengadu sakit tetapi siapa itu. Saya tidak menghiraukan siapa itu tetapi kedengaran itu akhi fakhran. Dia terjatuh, kakinya berdarah….? Apa ini? Seorang ikhwan terlihat akhwat berkumpul ramai-rami disisi saya. “Ini nak bawak ke rumah sakit,yang tu sakit jugak ke…?” ujarnya. “

                        Tidak!!! Saya sama sekali tidak mahu ke rumah sakit, saya tidak rela diperiksa oleh doktor walaupun  ini kaki tengah sakit. Sya berkeras tidak mahu ikut sekali akhirnya mereka pergi menghantar beliau sahaja. Kami semua terdiam. Hajar menasihati saya beralih ke dewan makan, mula dihati ini tidak mahu ikut tapi keadaan memaksa akhirnya saya akur. Fauzun mengurut-urut kaki yang sakit ini.Perut rasa loyalah pula lalu dengan segara saya mengadu. Hafizah mengambilkan bekas air milik basuhan darah akhi yang sakit tadi bagi saya tadah. Dalam sekelip mata saya terus muntah.

                        Alhamdulillah ada juga datang melihat keadaan saya. Pak Nasir, dia adalah salah seorang guru yang hadir pada petang itu. Dia terus mencadangkan untuk membawa saya berjumpa dengan seorang tukang urut, orang tempatan sigli sendiri. Fikir punya fakir dan saya setuju sahajalah walau dihati tidak mahu juga sebenarnya. Rumah yang dituju berdekatan dengan sebuah masjid. Sewaktu itu yang menemani saya Kak Irda, Aisyah dan Hajar. Sejenak terfikir apabila terpandang kawan saya Hajar seolah-olah setiap kali saya jatuh sakit dia mesti ada disitu untuk membantu dan menemani diri ini. Agaknya memang waktu sebegini tuhan memang telah aturkan jodoh sya dengan dia,terima kasih banyak-banyak. Itu sahaja yang dapat saya ucapkan.

                      Orang yang saya ketemu ini merupakan kenalan Pak Nasir. Dia merupakan seorang ibu/nenek yang masih utuh tubuhnya walaupun pernah mengalami tsunami sendiri. Berkat kesabaran dan keteguhannnya menghadapr hari-hari dimasa tua ini,ibu ini masih kelihatan bersemangat dan ikhlas menghulurkan bantuan. Sewaktu kami sampai dirumahnya kami terus disambut dengan hati terbuka dan terus membuat persiapan untuk menjalankan urut-mengurut untuk saya.

                      Saat yang ditunggu-tunggu ibu itu sedang bersiap sedia untuk melakukan proses urut ini ke atas kaki saya. Berdebar-debar pun ada takut pun terasa (seramnya!!). Dia mulakan dengan sedikit bacaan doa lalu proses situ pun berjalan. Arghh!!! Sakit,sakit…sakit sangat!!! Itu sahaja yang terkeluar dari bibir ini. Hajar dan lain-lain berusaha menenangkan perasaan saya dan paling lucu sekali ketika itu Pak Nasir boleh pula menceritakn beebrapa usikan yang menggelikan hati saya. Cuba bayangkan sambil saya menangis kerana kesakitan boleh pula tergelak. Agaknya saya boleh tafsirkan bahawa perasaan saya sendiri menjadi  tidak stabil agaknya…..?!!!

                  Maka, disitulah serba sedikit tentang kemalangan yang tidak dapat saya lupakan. Masih jelas lagi setelah saya pulang dari berurut itu kawan-kawan banyak menolong saya agar keadaan saya lebih selesa dan membantu proses pemulihan dengan lebih lancar lagi. Oleh itu saya akhiri dengan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kawan-kawan sya disaat saya sakit tanpa kalian siapa lagi tempat diri ini ingin mengadu (selain ibubapa terutama apabila tiada berdekatan), Pak Nasir, guru-guru di Sigli, kawan-kawan di Sigli, Kak Baiti, Kak Cut, Pak Cik-Pak Cik dan Mak cik-Mak Cik Roselainy, Napisah, Noriyani sekalian dan lain-lain lagi. Wassalam. 

Catatan Sigli, Acheh Ku Sayang

(Catatan asal diari emel kpd ayahanda. So, kta wat lah sharing kat sini, Bila baca blik, kta ~grin~ sendiri. Kekekekeke....)