Future

Once an amiichan, now who am I?

Sharing moment

06 July 2010

Cuti dan Dilemma [BM]


Selamat tinggal diriku yang dibuai selama 3 bulan
Sebelum mengambil keputusan untuk meninggal semester 2 09/10, banyak perkara yang difikirkan.
Apa yang hendak ku mahu pada cuti kali ini? Memandangkan cuti tahun lepas pada 2008 tidak diisi sebaiknya. Hanya diisi dengan hiburan, kesenangan dan kurang pembacaan.
Ini juga adalah hakikat juga bagi diriku walaupun seorang insan yang sangat aktif beraktiviti Islami di ipta. Hairan bukan? Apabila pulang, mati begitu sahaja. Mungkin ada baik-kurang tapi tidak dapat disimpan untuk bekalan. Tapi ada hikmahnya juga, diri ini terbekal untuk lebih bersungguh-sungguh belajar. Hasil dari cara penerapan autokratif pemikiran untuk mencapai kemahuan dan keinginan. Alhamdulillah, keputusan meningkat bagi sepanjang tahun diriku pada 2008/2009.
Orang mungkin kata dirinya kurang, jahat dan jahil. Menyalahkan pada apa yang telah berlaku. Malah, tidak merasakan tiada ada pilihan sedangkan diri sendiri apabila diberikan peluang yang soleh lagi baik tapi mengatalah pula. Mengatakan tidak ada 'liberty' atau 'ortodox'. Mungkin sahaja mahu menunggu hidayah itu datang. Pelik? Manusia memang pelik. Sekejap begini, sekejap begitu.
Tapi tidak ku pilih begini. Pilihan: Bagaimana? Kerana kurang diri ini, ku tebus semula ketika ada peluang semula di tempat yang banyak beri didalam suasana terlebih-kurang. Pencarian cahaya berjalan seperti biasa, bukan sekadar menunggu. Ini dipanggil, bagaimana ingin merasai kesusahan sebalik kehidupan sekelilingnya amat mudah dan indah. Pain and hardship tends to motivate people for success. Maka, terbukti ku berjaya menangkis. Kamu??
*Catatan: Iman manusia sekejap naik dan sekejap turun. Tapi perlu kita dikalangan yang kurang?
Kembali dengan kisahku yang bermula bagi cuti semester kali ini bermula dari 10/04/10 sehingga 11/07/10. Apa kehendak diriku untuk cuti ini?
Perkara yang dimainkan:
1) Bantu famili untuk perkembangan adik yang paling kecil. Apa yang perlu ku lakukan?
2) Melihat semula modul terbaru sekolah. Perlukan perubahan baru?
3) Ini bertujuan untuk dapatkan duit peruntukan semula untuk kelab. Adakah perlu kembali semula ke ipt semula sementara untuk siapkan kertas kerja kelab?
4) Belajar memasak.
5) Atau. Seperti biasa jalani hidup diriku ketika cuti?
Agak-agaknya apa yang akan berlaku?? Hmm...

[To be continue]